Kepada:
En. Md. Ali bin Abd Aziz
Surat daripada pihak tuan adalah dirujuk. Dukacita dimaklumkan, saya menolak permohonan berkenaan dengan hujah-hujah berikut.
Oooo..patutla
asyik dok nyanyi lagu 'Madu Tiga', rupa-rupanya 'nak penuhkan kuota' la
ye? Berani nampak? Ni bukan kuota bumiputera yang wajib kena penuh!
Sapa perempuan tak sedar diri tu, dah tak ada lelaki lain ke dalam dunia ni?
Ni
la perangai jantan, nak kahwin punya fasal semua duit simpanan dia
sanggup habiskan. Dulu kata duit ASB tu untuk masa depan, rupanya untuk
bini masa depan.
Abang kata untung dua-dua pihak? Cantik muka abang...ingat niaga barang ke! Cuba cakap sapa yang akan untung? Abang ke, saya?
Mak
hoi! Sedapnya mulut kata saya tong drum habis tu yang abang tu mandi
kaki pun tak nampak, jalan baru lima langkah dah penat, badan pun dah
macam kungfu panda ada hati nak kahwin lain konon.
Kongsi? Abang ingat ni kereta ke?
Apa syif-syif? Ni bukan kerja kilang la!
Cewah-cewah
nak dibalas dengan senyuman penuh keikhlasan konon, kalau abang berani
balik la rumah, kita tengok sapa yang nak senyum sapa yang nak meraung.
Oleh
itu, permohonan tuan ditolak dan untuk makluman tuan, pihak saya sudah
menyediakan segala peralatan untuk 'peperangan', itu pun kalau tuan
berani untuk pulang ke rumah.
Terima kasih,
Sedia 'berperang' demi mempertahankan rumahtangga
Yang ikhlas Menjawab,
Norihah bt Ali
No comments:
Post a Comment