Thursday, July 25, 2013

Petua Merawat Masalah Rambut : Lacasa Beauty : Info Kecantikan

Atasi rambut gugur
  • Bersihkan daun bunga raya yang hijau, ramaskan dalam segayung air. Sapu rambut dengan air tadi dan biarkan selama lima minit, kemudian barulah dibilas.


Rambut beruban & kelimumur
  • Ambil secawan air kelapa tua dan gosokkan pada kulit kepala perlahan-lahan. Lakukan setiap hari atau tiga kali seminggu. Insyaallah kelimumur dan uban akan hilang. Selamat mencuba.


Menghilangkan kelemumur
  • Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingga lumat, campurkan dengan dua gelas air. Selepas itu disaring lalu usaplah air saringan tadi ke kepala anda yang ada kelemumur lalu bilas dengan air biasa.
  • Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala. Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam. Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.

Melembutkan rambut
  • Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas.Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu.


Rambut Berbuah
  • Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Bairkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan dua minggu sekali.


Meluruskan Rambut
  • Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.
thanks >>  http://ypaste.com/7885/

Jawapan kepada permohonan menambah kuota : Lacasa Beauty : Cerita Lawak



Kepada:

En. Md. Ali bin Abd Aziz

Surat daripada pihak tuan adalah dirujuk. Dukacita dimaklumkan, saya menolak permohonan berkenaan dengan hujah-hujah berikut.

Oooo..patutla asyik dok nyanyi lagu 'Madu Tiga', rupa-rupanya 'nak penuhkan kuota' la ye? Berani nampak? Ni bukan kuota bumiputera yang wajib kena penuh!

Sapa perempuan tak sedar diri tu, dah tak ada lelaki lain ke dalam dunia ni?

Ni la perangai jantan, nak kahwin punya fasal semua duit simpanan dia sanggup habiskan. Dulu kata duit ASB tu untuk masa depan, rupanya untuk bini masa depan.

Abang kata untung dua-dua pihak? Cantik muka abang...ingat niaga barang ke! Cuba cakap sapa yang akan untung? Abang ke, saya?

Mak hoi! Sedapnya mulut kata saya tong drum habis tu yang abang tu   mandi kaki pun tak nampak, jalan baru lima langkah dah penat, badan pun dah macam kungfu panda ada hati nak kahwin lain konon.

Kongsi? Abang ingat ni kereta ke?

Apa syif-syif? Ni bukan kerja kilang la!

Cewah-cewah nak dibalas dengan senyuman penuh keikhlasan konon, kalau abang berani balik la rumah, kita tengok sapa yang nak senyum sapa yang nak meraung.

Oleh itu, permohonan tuan ditolak dan untuk makluman tuan, pihak saya sudah menyediakan segala peralatan untuk 'peperangan', itu pun kalau tuan berani untuk pulang ke rumah.

Terima kasih,

Sedia 'berperang' demi mempertahankan rumahtangga

Yang ikhlas Menjawab,
Norihah bt Ali

Tuesday, July 16, 2013

Kadar Zakat Fitrah 1434H/2013 : Lacasa Beauty

UMAT Islam dilihat sudah mula menunaikan tanggungjawab menjelaskan zakat fitrah.

Kadar Zakat Fitrah 1434H/2013 
# WILAYAH PERSEKUTUAN (RM7)
# JOHOR (RM5 & RM8 *)
# TERENGGANU ( RM7.60, RM7 & RM4.50 *)
# PULAU PINANG (RM7)
# PERAK (RM7)
# KELANTAN (RM7)
# PAHANG (RM7)
# SARAWAK (RM6.50)
# KEDAH (RM7)
# SELANGOR (RM7)
# NEGERI SEMBILAN (RM6.50)
# MELAKA (RM6.50)
# SABAH (RM7)
# PERLIS (RM6)


#Bagi Johor dan Terengganu, kadar berbeza mengikut jenis dan gred beras

SUMBER: Majlis Agama Islam Negeri